Bulan keempat dalam kalendar Hijrah.
Pengertian Rabiul Akhir
Bulan Rabiul Akhir ini bermaksud bulan di mana berakhirnya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiul Akhir pokok buah-buahan mula luruh dan seterusnya reput. Maka nama bulan ini diambil sempena musim luruh tanaman mereka.
Peristiwa Penting
1) Peperangan di Najran pada tahun ketiga Hijrah.
2) Pengusiran Yahudi Bani an-Nadhir dari Madinah pada tahun keempat Hijrah. Rasulullah S.A.W pergi ke perkampungan mereka untuk meminta bantuan bagi menebus kematian dua orang dari kabilah Bani ‘Amir yang telah dibunuh oleh ‘Amr bin Umaiyah Ad Dhumariy. Kumpulan Yahudi tersebut adalah sekutu Bani ‘Amir dan mereka berjanji untuk menolong Nabi S.A.W di dalam penebusan bayaran itu. Dengan itu mereka meminta Baginda S.A.W supaya duduk menunggu di dalam dewan untuk dihidangkan makanan tetapi di sebalik permintaan tadi mereka bersepakat untuk melakukan pembunuhan ke atas Rasulullah S.A.W. Huyai bin Akhtab seorang pembesar mereka telah mengarahkan supaya dicampakkan ke atas Baginda S.A.W seketul batu besar dari bahagian atas dewan yang Baginda S.A.W sedang berehat di bawahnya. Tetapi Allah S.W.T telah menceritakan kepada Nabi S.A.W tentang kehendak kaum Yahudi tadi dengan diutuskan wahyu kepadanya S.A.W. Lalu Baginda S.A.W keluar dari tempat tersebut pulang ke kota Madinah seraya menghantar perutusan kepada mereka supaya keluar dari Madinah kerana mereka telah melanggari perjanjian damai bersama Nabi S.A.W. Nabi S.A.W beserta para sahabat telah mengepung perkampungan mereka selama 15 hari sehinggalah mereka keluar dari Madinah. Mereka telah memusnahkan kesemua rumah mereka semasa kepungan itu manakala tentera Islam memusnahkan dan membakar apa yang berada berhampiran dengan mereka. Akhirnya Kaum Yahudi bersetuju untuk keluar dari Madinah dengan dijamin keselamatan jiwa mereka dan dibolehkan membawa makanan dan pakaian tanpa senjata. Kebanyakan mereka keluar menunggang 600 ekor unta menuju ke perkampungan Khaibar manakala sebahagian lagi menuju ke negeri Syam. Harta rampasan mereka telah dibahagikan oleh Rasulullah S.A.W kepada kaum Muhajirin Makkah sahaja tanpa kaum Ansar dengan persetujuan mereka. Nabi S.A.W berdoa pada hari itu untuk kaum Ansar dengan kata Baginda S.A.W : “ Ya Allah rahmatilah al Ansar dan anak-anak mereka ”. Di situ juga Nabi S.A.W memberi 2 orang dari kaum Ansar kerana mereka amat miskin. Di dalam peristiwa ini Allah S.W.T menurunkan surah al Hasyr.
3) Peperangan al Ghabah atau Zi Qarad di bawah pimpinan Nabi S.A.W bagi memburu ‘Uyainah bin Hisn dan 40 orang pembantunya yang telah menyerang dan merampas binatang ternakan penduduk pinggir kota Madinah. Tentera Islam dapat mengejar mereka dan membunuh 4 orang daripada mereka manakala yang lain dapat melarikan diri dan meninggalkan binatang ternakan yang telah dirampas tadi.
31 Mac 2009
Rabiul Akhir
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan