Bulan keempat dalam kalendar Hijrah.
Pengertian Rabiul Akhir
Bulan Rabiul Akhir ini bermaksud bulan di mana berakhirnya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiul Akhir pokok buah-buahan mula luruh dan seterusnya reput. Maka nama bulan ini diambil sempena musim luruh tanaman mereka.
Peristiwa Penting
1) Peperangan di Najran pada tahun ketiga Hijrah.
2) Pengusiran Yahudi Bani an-Nadhir dari Madinah pada tahun keempat Hijrah. Rasulullah S.A.W pergi ke perkampungan mereka untuk meminta bantuan bagi menebus kematian dua orang dari kabilah Bani ‘Amir yang telah dibunuh oleh ‘Amr bin Umaiyah Ad Dhumariy. Kumpulan Yahudi tersebut adalah sekutu Bani ‘Amir dan mereka berjanji untuk menolong Nabi S.A.W di dalam penebusan bayaran itu. Dengan itu mereka meminta Baginda S.A.W supaya duduk menunggu di dalam dewan untuk dihidangkan makanan tetapi di sebalik permintaan tadi mereka bersepakat untuk melakukan pembunuhan ke atas Rasulullah S.A.W. Huyai bin Akhtab seorang pembesar mereka telah mengarahkan supaya dicampakkan ke atas Baginda S.A.W seketul batu besar dari bahagian atas dewan yang Baginda S.A.W sedang berehat di bawahnya. Tetapi Allah S.W.T telah menceritakan kepada Nabi S.A.W tentang kehendak kaum Yahudi tadi dengan diutuskan wahyu kepadanya S.A.W. Lalu Baginda S.A.W keluar dari tempat tersebut pulang ke kota Madinah seraya menghantar perutusan kepada mereka supaya keluar dari Madinah kerana mereka telah melanggari perjanjian damai bersama Nabi S.A.W. Nabi S.A.W beserta para sahabat telah mengepung perkampungan mereka selama 15 hari sehinggalah mereka keluar dari Madinah. Mereka telah memusnahkan kesemua rumah mereka semasa kepungan itu manakala tentera Islam memusnahkan dan membakar apa yang berada berhampiran dengan mereka. Akhirnya Kaum Yahudi bersetuju untuk keluar dari Madinah dengan dijamin keselamatan jiwa mereka dan dibolehkan membawa makanan dan pakaian tanpa senjata. Kebanyakan mereka keluar menunggang 600 ekor unta menuju ke perkampungan Khaibar manakala sebahagian lagi menuju ke negeri Syam. Harta rampasan mereka telah dibahagikan oleh Rasulullah S.A.W kepada kaum Muhajirin Makkah sahaja tanpa kaum Ansar dengan persetujuan mereka. Nabi S.A.W berdoa pada hari itu untuk kaum Ansar dengan kata Baginda S.A.W : “ Ya Allah rahmatilah al Ansar dan anak-anak mereka ”. Di situ juga Nabi S.A.W memberi 2 orang dari kaum Ansar kerana mereka amat miskin. Di dalam peristiwa ini Allah S.W.T menurunkan surah al Hasyr.
3) Peperangan al Ghabah atau Zi Qarad di bawah pimpinan Nabi S.A.W bagi memburu ‘Uyainah bin Hisn dan 40 orang pembantunya yang telah menyerang dan merampas binatang ternakan penduduk pinggir kota Madinah. Tentera Islam dapat mengejar mereka dan membunuh 4 orang daripada mereka manakala yang lain dapat melarikan diri dan meninggalkan binatang ternakan yang telah dirampas tadi.
31 Mac 2009
Rabiul Akhir
Posted by Ikturim at 10:15 PTG 0 comments
Labels: bulan
08 Mac 2009
maulidur rasul....
Sudah menjadi tradisi masyarakat Islam umumnya menyambut Mulidur Rasul, kelahiran nabi Muhammad yang tercinta tanggal 12 Rabiul Awwal. Sekalian alam menyambut kelahiran baginda dengan penuh
Terpadam api biara majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekkah diterangi cahya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim
Begitulah gambaran keadaan ketika saat kelahiran baginda s.a.w yang telah diabadikan dalam nasyid dendangan kumpulan Raihan. Kelahiran baginda adalah suatu “rahmat untuk keseluruhan alam” dan bagaikan nur yang menerangi alam yang berada dalam kegelapan. Baginda telah diutuskan membawa ajaran Islam yang mulia dan menjadi contoh teladan kepada seluruh umat manusia. Kita sebagai pengikut baginda s.a.w seharusnya berusaha untuk mengenali baginda dengan lebih rapat dan berusaha untuk mengamalkan sunnah baginda sebanyak mungkin.
pengajaran apakah yang kita ambil daripada maulidur rasul?
adakah hanya megetahui sejarah nabi sahaja?
bagaimanakah dengan sunnah nabi?
adakah kita amalkan?
disini saya tidak akan meerangkan sejarah nabi tetapi ingin menerangkan pengajaran
saya meyeru kapada diri sendiri dan kawan supaya kita dapat melakukan beberapa sunnah nabi tahun ini...bebrapa sunnah yang patut kita amalkan
1) sembahyang berjemaah
2) adab tidur
3) menjaga aurat(lelaki n perempuan)
4) tidak pentigkan diri
Membesarkan Maulidur Rasul
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah S.W.T terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah S.W.T akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah S.W.T.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: " Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah." Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A berkata: " Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi S.A.W, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga." Begitu pula As-Sirri As Saqati berkata: " Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi S.A.W sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah S.A.W."
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Beliau berkata lagi: " Tiada sebuah rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya akan Maulid Nabi S.A.W melainkan malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu dan Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka dan malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang menganjurkan dan menyebabkan adanya majlis Maulid Nabi S.A.W itu."
Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.
Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah S.A.W ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Antara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Antara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah;
1) Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; " masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah S.A.W. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."
2) Imam Jalaluddin as-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; " Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah S.W.T. "
3) Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani ( 1953 ) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa " dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi S.A.W."
Posted by Ikturim at 9:31 PTG 0 comments