Photobucket

25 November 2008

DAKWAH....


Seorang alim bagitau, hari ini kita amnya tahu tanggungjawab kita sbg bapa, anak2, suami, isteri, ketua jabatan, pelajar, kawan, dsb. tetapi, kita ummat islam hari ini tak tahu apa tanggungjawab kita sbg hamba Allah dan ummat nabi muhammad saw. bila tak tahu tanggungjawab macam mana nak jadi hamba Allah dan insan yg bertanggungjawab? bila hala tuju dan matlamat kita tidak betul, maka jalan tariqah kita pun tidak betul. ini yg jadi pd ummat islam hari ini. bila material, harta, pangkat, darjat, pendidikan, keseronokan dunia dll dijadikan matlamat dan ukuran kejayaan maka ramai yg karam dan sanggup manjalankan apa sahaja utk mencapai apa yg diingini. "matlamat menghalalkan cara". tetapi, jika ummat islam hari ni menjadikan keredhaan Allah, ketaatan pd perintahNya, kehidupan mulia nabi Muhammad saw sbg matlamat dan ukuran kejayaan, maka insha Allah jalan tariqah ummat ini akan jadi betul...

Jadi, hari ini kita perlu ingatkan diri kita dan ingatkan setiap individu ummat ini supaya kembali kpd usaha utk memperbetulkan the most basic but very essential part of Islam iaitu 'Iman' di dlm hati. Spt kata nabi saw, lebih kurang maksudnya..dlm diri setiap insan ada seketul daging yg mana kalau baik daging tersebut maka baiklah keseluruhan amalannya, kalau buruk daging tersebut maka buruklah amalannya, daging itu ialah hati. Jadi, usaha dakwah dan tabligh (spt yg orang umumnya panggil, pd hakikatnya usaha ini tiada nama krn ia bukan satu pertubuhan atau persatuan) ialah usaha atas hati2 ummat ini supaya memasukkan iman dan matlamat hidup yg betul. Usaha ini juga bertujuan utk mengembalikan ruh agama dlm diri insan. Sayang sekali ramai ummat Islam hari ini ada fizikal, jasad dan nama spt muslim, tetapi ruh kita tidak memaparkan kita sbg ruh para muslimin. Kita tahu malah sgt maklum dgn keperluan2 jasad kita spt pakaian, tempat tinggal, rehat dan makanan. Tetapi, kita kurang atau mungkin tidak maklum akan keperluan2 ruh kita. Apa keperluan ruh kita? Iaitu ketaatan kpd perintah2 Allah dan sunnah nabi Muhammad saw. Ruh kita perlu kpd nur2 al-quran dan hadith. Bila keperluan ruh2 kita tidak di tunaikan, maka ruh-ruh ummat Islam hari jadi lemah dan mudah terpedaya dgn arus dunia, nafsu dan syaitan.

Maka utk kembalikan ruh agama ini usaha perlu dijalankan atas diri kita. Semua perkara perlukan usaha utk mendapatkan kejayaan di dalamnya. Utk dptkan kejayaan dlm pelajaran maka kita belajar bersungguh2. Utk dptkan kejayaan dlm hidup kita di dunia dan akhirat, maka usaha yg perlu kita jalankan ialah apa usaha2 yg telah dibuat oleh golongan2 sebelum kita yg telah pun berjaya di dunia dan akhirat, yg telah pun diberi khabarkan kpd kita dlm al-quran dan hadith, iaitulah golongan para anbiya dan para sahabat. Apa usaha yg mereka jalankan? Iaitulah usaha atas iman dan amal. Usaha dakwah ilallah. Cara utk buat usaha ini telah di bentangkan oleh ulama2 iaitu dgn keluar ke jalan Allah swt dgn pengorbanan harta, masa dan diri. Melalui mujahadah spt ini, maka para lelaki dan para wanita muslimin dan muslimah akan belajar memperbetulkan maksud dan matlamat kehidupan dan juga mengembalikan kekuatan dan ruh ummat ini lantas menaikkan semula martabat ummat ini kpd status ummat yg terbaik

“Kamu adalah ummat yg terbaik, dikeluarkan utk manusia, kamu mengajak kpd maaruf dan mencegah munkar, dan kamu beriman dgn Allah.. “Katakanlah (wahai Muhammad), Ini adalah jalanku, mengajak manusia kpd Allah, dgn basiirah, aku dan mereka2 yg mengikuti aku...

Usaha daawah dan tabligh ini bukan usaha pertubuhan atau persatuan. Usaha ini bertujuan mengembalikan kesedaran ummat ini tentang maksud kehidupan yg sebenar dan juga mengingatkan ummat ini tentang satu tanggungjawab kita yg telah kita lupakan selama berkurun2 lamanya. Usaha dakwah bukan kerja para-oara ustaz dan ulama-ulama sahaja, tapi seluruh individu ummat ini yg mengakui diri sbg muslim perlu menjalankannya. “sampaikanlah drpdku walaupun satu ayat. Matlamat usaha ini bukanlah hanya saja2 keluar 4 bulan, 40 hari, 3 hari, taalim di masjid dan di rumah, mesyuarat masjid, ziarah dsbnya, tapi matlamat usaha ini ialah agar semua 100% individu ummat ini dpt mentaati perintah Allah swt mengikuti sunnah nabi Muhammad saw setiap waktu dan di mana-mana sahaja kita mereka berada. Usaha ini bertujuan mengembalikan agama ke tempat asalnya yg betul, bukan di masjid, bukan di dlm buku-buku agama, bukan dlm perhiasan2 di dinding tetapi di dlm diri dan hati setiap individu ummat ini. Usaha ini adalah usaha semua golongan, lelaki dan wanita, kaya atau miskin, berpendidikan atau tidak, tua atau muda, perlu mengambil tanggungjawab dlm usaha ini.

Untuk ini, maka saya sarankan diri saya dan kawan-kawan semua agar mengambil bahagian dalam usaha ini. Ini adalah usaha yg praktikal dan telah membawa perubahan dlm ramai individu2 ummat ini di seluruh dunia. Usaha ini di jalankan bukan atas interest mana2 pihak, individu, ulama atau kerajaan. Usaha ini di jalankan atas dasar kesedaran, fikir dan kerisauan nabi Muhammad saw. Usaha ini dijalankan atas dasar kesedaran agar diri kita dan diri orang-orang yang kita sayangi mama, papa, abg, kakak, adik, sedara mara, kawan-kawan, cikgu-cikgu, dan seluruh individu ummat ini akan dpt kejayaan di dunia dan akhirat. Jika kita benar2 bukakan hati dan fikiran kita dlm menjalankan usaha ini, lihatlah bagaimana kehidupan kita akan berubah kpd kejayaan, fulfillment, sakinah dan rahmah. Wallahua’lam.

Ya Allah, jadilah saksi, aku telah menyampaikan sebahagian kecil dari apa yg telah kau pertanggungjawabkan. Ampuni lah aku atas segala dosa dan kalalaian. Beri hidayah pada ku dan seluruh ummat ini agar kembali ke jalan Mu, RasulMu dan mereka yg kau redhai dunia dan akhirat. Apa yg nabiMu saw minta utk ummat ini itu yg aku minta, apa yg nabiMua saw minta dihindarkan utk ummat ini maka itu yg aku minta dihindarkan.

0 comments: