Photobucket

22 Oktober 2008

PEMILIHAN PEMIMPIN







Rasanya sempat lagi untuk menutarakan perihal pemilihan pemimpin....sedar tak sedar esok merupakn PRK di UMS khususnya UMSKAL...disini sekadar untuk perkogsian bersama.

Kewajipan melantik pemimpin yang adil adalah merupakan satu tanggungjawab yang tidak dapat disangkal lagi buat setiap insan yang mengungkap dua kalimah syahadah ,ini kerana pemimpin adalah merupakan khalifah allah yang melata diatas muka bumi allah ini.Kepincangan dalam pemilihan ini sebenarnya boleh membawa kepada lenyapnya keadilan dan keamanan dan seterusnya akan meletusnya kemungkaran dan kerosakan yang tidak terhingga.

Maka tidak hairanlah ,islam telah menjanjikan kedudukan yang tinggi kepada para imam yang adil dan mereka inilah pewaris para nabi yang sentiasa menjaga kesucian agama allah daripada terus dicemari.Sabda rasulullah dalam hadisnya:

Orang yang paling disayangi oleh Allah pada hari kiamat dan paling rapat kedudukan nya dengan allah kelak ialah para imam yang adil. Riwayat Tarmizi.

Justeru, islam telah melakarkan kepada kita beberapa ciri yang perlu ada pada umara-rabbani ini.:antaranya:

1 . Islam

Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini kerana islam tidak membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat islam.

2 . Adil

Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat islam ,ekoran peri pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnyaitu.Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum allah atau tidak dimuka buminya ini. Sebagiman syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat islam&ldots;

3 . Ilmu&ldots

Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat islam didalam kehidupan seharian.Apatah lagi kalau sifat ini dimilika ipula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.

4 . Melaksanakan hukum allah.

5 . Bersikap sama rata dan tidak berlaku zalim.

SELAMAT MENGUNDI DARIPADA IKTURIM FOR ALL


0 comments: